Cloudflare adalah syarikat yang memfokuskan sekuriti pada Internet. Mereka sedia terkenal dengan DNS 1.1.1.1, yang mana turut mempunyai aplikasi Android dan iOS untuk tetapan DNS yang lebih mudah.
Pada bulan April lalu, Cloudflare ada mengumumkan perkhidmatan VPN mereka tersendiri – Warp. Tetapi pada ketika itu, ianya terhad kepada pengguna iOS sahaja. Hari ini, Cloudflare secara rasminya melancarkan perkhidmatan VPN mereka – Warp dan Warp Plus kepada semua pengguna Android dan iOS. Perkhidmatan VPN ini boleh diakses melalui aplikasi DNS mereka 1.1.1.1. Warp adalah perkhidmatan VPN percuma, manakala Warp Plus adalah VPN berbayar yang lebih pantas.
Apa yang menarik dengan perkhidmatan VPN Warp ini adalah, ia masih lagi berhubung dengan DNS 1.1.1.1. Harga langganan Warp Plus di Malaysia adalah RM7.90. Dengan langganan Warp Plus, Cloudflare menawarkan quota tanpa had. Versi Warp yang percuma mempunyai kuoata yang terhad dan pengguna boleh dapatkan tambahan 1GB jika memperkenalkan perkhidmatan ini kepada rakan.