Cari @ Amanz

Android 10 adalah sistem operasi terbaru dari Google. Ia tidak lagi menggunakan nama pencuci mulut, sebaliknya menggunakan nombor. Ini adalah kerana ia lebih universal dan adil untuk semua. Sejak Android 10 dilancarkan secara ramsi, peranti Pixel, Essential Phone, OnePlus 7/7 Pro telah dikemaskini dengan Android 10. Kelak siri OnePlus 7T akan menjadi pertama yang keluar sahaja dari kotak sudah menjalankan Android 10.

Kita sedia maklum yang Google turut mempunyai sistem operasi Android untuk peranti kelas permulaan. Sistem operasi ini lebih ringan dan sesuai digunakan pada peranti dengan RAM kurang dari 1GB. Terkini, Google telah mengumumkan Android 10 (Go Edition). Menurut Google, ia adalah 10% lebih pantas berbanding Android 9 (Go Edition). Google turut mengintegrasikan sistem sekuriti Adiantum, yang diperkenalkan pada awal tahun. Melalui Android 10 (Go Edition) ini, pengguna kelak turut akan mengalami pengalaman penggunaan aplikasi yang lebih baik melalui beberapa aplikasi Google edisi Go. Contohnya, YouTube Go, Google Go, Gallery Go dan banyak lagi.

Google turut mengimplementasikan fungsi kecerdasan buatan membaca teks dengan kuat secara automatik. Dalam masa 18 bulan lepas, sudah lebih 500 pengeluar hadir dengan lebih 1600 peranti Android (Go Edition) kepada lebih 180 negara. Jadi, kelas kesemua peranti ini akan menerima kemaskini Andorid 10 (Go Edition).

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd