Cari @ Amanz

Syarikat pembangun robot yang paling kami kagumi ialah Boston Dynamic. Kehebatan Boston Dynamics membuatkan mereka diambil alih oleh Google sebelum dibeli pula oleh Softbank. Selepas bertahun menghasilkan konsep robot, mereka akhirnya mengumumkan jualan robot Spot mereka yang berkaki empat.

Dengan sekali caj Spot boleh berfungsi selama 90 minit dengan kemampuan membawa beban sehingga 14 kilogram. Selain kalis air IP54 ia turut boleh beroperasi dalam julat suhu -20° C to 45° C. Menurut Boton Dynamics antara pembeli awal akan menggunakannya di tempat pembinaan untuk memantau kebocoran gas atau memeriksa kualiti pembinaan.

Menurut laporan The Verge pula sudah terdapat pasukan polis yang ingin mengujinya untuk tugas pelupusan bom. Tiada harga diumumkan dan untuk sebarang pertanyaan pihak yang berminat perlu menghubungi Boston Dynamics,

Seterusnya ialah robot Atlas yang dipertingkatkan dengan lebih banyak kemampuan akrobatik. Ia kini lebih lincah dengan kemampuan berpusing ketika di atas lantai seakan seorang ahli akrobatik sebenar. Tidak seperti Spot, Atlas masih tidak mempunyai sebarang aplikasi di dunia sebenar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd