Carian
Huawei Mempatenkan Rekaan Mate X Dengan Stylus Terbina
September 26, 2019 Effi Saharudin

Samsung Galaxy Fold telah dijual menjadikannya peranti skrin boleh lipat pertama dijual kepada umum. Huawei Mate X yang juga mempunyai skrin boleh lipat masih ditangguh tanpa tarikh rasmi diumumkan. Walaupun masa depan peranti ini masih kabur, Huawei telahpun mempatenkan rekaan Mate X dengan stylus terbina.

Stylus diletakkan pada bonjol sisi yang kini turut meletakkan kamera. Paten difailkan ke USPTO pada bulan Februari dan kini turut difailkan ke EUIPO untuk pasaran Eropah. Dengan stylus lebih banyak perkara produktif seperti menghasilkan karya seni dan menulis nota dapat dilakukan berbanding rekaan Mate X semasa. Huawei ada menghasilkan stylus M Pen yang boleh digunakan pada Mate 2o X dan Mate 30 Pro. Penggunaan stylus terbina turut dibincangkan pada Galaxy Fold generasi seterusnya.

Komen