Carian
Oculus Quest Kini Menjejak Pergerakan Tangan Di Dalam Dunia Maya
September 27, 2019 Effi Saharudin

Oculus Quest dilancarkan setahun lalu sebagai peranti realiti maya kendiri dengan sokongan alat kawalan. Untuk berinteraksi dengan objek dan elemen antaramuka Quest, alat kawalan ini diperlukan dan satu kekurangan yang sedari semasa menggunakannya ialah bateri yang perlu kerap dicas.

Di acara Oculus Connect 6 semalam, Oculus mengumumkan Quest bakal mempunyai kemampuan mengesan pergerakan tangan dan jari pengguna di dalam dunia maya. Kamera pada bahagian luar Quest yang selama ini digunakan untuk mengimbas ruang pengguna kini mengesan kedua-dua tangan pengguna. Elemen antaramuka dan objek maya boleh disentuh sekaligus membolehkan Quest digunakan tanpa alat kawalannya.

Fungsi ini akan diberikan pada awal 2020. Oculus kini membuka ujian fungsi ini dan SDK kepada pembangun bagi mengintegrasikannya pada aplikasi yang ingin dibangunkan kelak.

Komen