Carian
Senarai Main Auto ‘On Repeat’ Dan ‘Repeat Rewind’ Pada Spotify Kini Hadir Untuk Semua
September 27, 2019 Fahim Zahar

Awal bulan lepas, Spotify ada menguji satu fungsi senarai main baharu – “On Repat” dan “On Rewind”. Senarai main ‘On Repeat’ memfokuskan muzik-muzik yang pengguna masih baru dengari. Ia menyenaraikan 30 lagu terkini yang dimainkan oeh pengguna. ‘Repeat Rewind’ pula memfokuskan muzik-muzik yang pengguna pernah mainkan beberapa bulan lalu. Jadi senarainya menyenaraikan lagu-lagu yang telah lama pengguna tidak mainkan.

Baru-baru ini, Spotify secara rasmi telah mengaktifkan dua senarai main ini kepada semua pengguna Spotify – baik yang percuma atau akaun premium. Senarai main ini boleh dilihat pada bahagian ‘Made For You Hub‘ atau ‘Uniquely Yours’. Anda akan lihat fungsi ini terus pada aplikasi Spotify, tanpa perlu mengemaskininya. Ini kerana, ia hadir melalui kemaskini dari bahagian pelayan.

Cara lain untuk mengakses senarai main ini adalah melalui web. Kerana Spotify turut menawarkan kepada semua platform.

Komen