Cari @ Amanz

Apa yang menarik dengan peranti Nokia adalah, kebanyakannya menjalankan sistem operasi Android One dan Android (Go Edition). Ini bermakna peranti ini akan bertahan sekitar dua tahun ke atas dengan kemaskini sekuriti selama 3 tahun. Semalam, Google telah mengumumkan kehadiran Android 10 (Go Edition) untuk dijalankan pada peranti kelas permulaan dengan RAM serendah bawah 1GB.

Hari ini, Ketua Pegawai Produk Nokia – Juho Sarvikas mengicau yang tiga peranti kelas permulaan Nokia akan mula menerima kemaskini Android 10 (Go Edition) seawal tahun 2020. Untuk Nokia 1 Plus, kemaskini akan diedarkan pada suku pertama 2020 dan Nokia 2.1 dan Nokia 1 pada suku kedua 2020. Dengan Android 10 (Go Edition), Google menawarkan prestasi yang lebih pantas dan sekuriti yang lebih baik.

Jika anda salah seorang pengguna tiga peranti di atas, nantikan sahaja OTA pda tahun hadapan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd