Cari @ Amanz

Dalam dunia telefon pintar, Leica bekerjasama dengan Huawei untuk menghasilkan sistem kamera yang dinobatkan sebagai yang terbaik oleh DXOMark baru-baru ini. Kini mereka bekerjasama pula dalam dunia dron selepas menghasilkan kamera untuk dron Yuneec Typhoon H3,

Dron lapan kipas ini dilengkapi kamera ION L1 Pro dengan sensor 20-Megapixel CMOS sebesar 1 inci. Ini dipadankan dengan lensa Leica Elmarit 23mm f/2.8. Kemampuan rakaman video pula ialah 4K 60FPS dengan profil Adobe DNG dan mod ylog 10-bit. Sistem penstabilan gimbal 3-paksi yang dipasang pada dron membolehkan video yang stabil diambil.

Dron pula dilengkapi bateri sebesar 5250 mAh yang memberikan tempoh operasi sehingga 25 minit. Ketinggian maksimum yang dapat dicapai ialah 500 meter dengan kelajuan 72 km/j dan jarak kawalan sehingga 2 kilometer. Yuneec Typhoon H3 dijual pada harga GBP 2399 (~RM12,362) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd