Cari @ Amanz

Hyundai merupakan salah satu pengeluar kenderaan yang popular di dunia, dan terkini mereka telah menubuhkan bahagian baru dalam syarikat – dimana bahagian khusus ini akan memfokuskan dalam membangunkan kenderaan terbang untuk dikomersilkan.

Hyundai mengambil bekas pekerja NASA untuk menerajui bahagian baru ini. Hyundai menyasarkan untuk hadir dengan teknologi teras dan penyelesaian inovatif untuk menawarkan kenderaan terbang yang efisien.

Seperti ramai sedia maklum, pelbagai syarikat sedang melihat kepada penawaran kenderaan terbang tersendiri. Antara sebabnya adalah dalam usaha mengurangkan masa perjalanan ke destinasi, mengurangkan kesesakkan trafik, selain memudahkan perjalanan jarak jauh.

Selain Hyundai, antara syarikat lain yang turut memfokuskannya adalah Uber, Terrafugia dan sebagainya. Malaysia sendiri turut melihat kepada arena ini, dan dijangka memperlihatkan kenderaan terbang nasional tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd