OnePlus 7T Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Penghujung Oktober

OnePlus 7T Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Penghujung Oktober

Diterbitkan pada Okt 1, 2019 oleh .

OnePlus 7T baru sahaja dilancarkan di India dan di Amerika Syarikat minggu lepas. Ia adalah peranti keempat dari OnePlus untuk tahun ini selepas OnePlus 7, OnePlus 7 Pro dan OnePlus 7 Pro 5G yang dilancarkan beberapa bulan lalu. OnePlus 7T boleh dikatakan adalah “anak” kepada OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro jika dikahwinkan.

OnePlus 7T

OnePlus 7T mengekalkan rekaan yang mirip seakan OnePlus 7/OnePlus 6T dan mempunyai fungsi dan ciri seakan OnePlus 7 Pro. Kamera adalah lebih baik, skrin Fluid AMOLED 90Hz dan juga sistem pengecasan yang lebih pantas. Kini menurut sumber kami, OnePlus 7T akan dilancarkan di Malaysia secara rasmi pada bulan ini. Menurut sumber, jika segalanya berjalan dengan lancar – ia akan dilancarkan pada sekitar hujung Oktober ini.

Ini adalah peluang yang baik, kerana OnePlus 7 tidak dilancarkan secara rasmi dan hanya set import yang boleh dibeli. Kemudian, OnePlus 7 juga hanyalah sebuah OnePlus 6T dengan kemaskini yang kecil. Dari segi harga dan butiran lain mengenai pelancaran OnePlus 7T di Malaysia, masih belum diketahui. Tetapi apa yang pasti, XianFeng akan kekal sebagai pengedar rasmi. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN