Cari @ Amanz

Selain kamera aksi tahan lasak Hero 8 Black dan aksesori Mod, GoPro MAX juga dilancarkan sebentar tadi. Tidak seperti Hero 8 Black. Max hadir dengan kemampuan merakam video 360 darjah. Terdapat dua kamera pada bahagian hadapan dan belakang kamera aksi ini.

Ia boleh merakam video 360 darjah pada resolusi 5.6K30 atau merakam video standard pada tetapan maksimum 1440P 30FPS. Kemampuan merakam gambar statik pula ialah 5.5MP dalam mod biasa atau 6.2MP dalam mod panorama. Bagi mengawal kamera, terdapat sebuah skrin LCD sesentuh pada bahagian belakang.

Dengan rekaan tubuh yang padat, MAX mempunyai kemampuan kalis air hingga kedalaman 5 meter.  GoPro MAX akan dijual pada penghujung bulan ini pada harga $499 (~RM 2095) sebuah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd