Microsoft Dijangka Memperkenalkan Windows 10X Yang Dibangunkan Untuk Peranti Dwi-Skrin
Aman
Pada hari ini, terdapat beberapa peranti yang hadir dengan sokongan dwi-skrin pada komputer riba, selain populariti komputer riba dengan skrin boleh-lipat yang dijangka meningkat dalam tahun-tahun akan datang. Selari dengannya, Microsoft dijangka memperkenalkan sistem operasi yang dioptimasikan untuk peranti seumpamanya.
Melalui perkongsian @evleaks, beliau mengatakan Microsoft bakal memperlihatkan Surface dengan dwi-skrin pada acara khas yang dijadualkan minggu ini, dimana bersama-sama dengannya, Microsoft bakal memlihatkan sistem operasi Windows 10X.
Windows 10X dikatakan dioptimasikan untuk peranti dwi-skrin dan juga dengan skrin boleh-lipat.
Microsoft bakal memperkenalkan peranti Surface baru mereka lewat hari ini, dimana kita mungkin mendengar lebih lanjut mengenai Windows 10X ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.