Cari @ Amanz

Menurut Samsung baru-baru ini, mereka kini pengeluar dengan pegangan pasaran peranti yang menyokong rangkai 5G terbesar di dunia. Samsung Galaxy Fold, S10 5G, Note 10 5G dan A90 5G adalah empat peranti yang telah mereka pasarkan setakat ini. Seterusnya mereka akan menjadi syarikat pertama menghasilkan tablet dengan sokongan 5G.

Samsung Galaxy Tab S6 5G telah didaftarkan di Korea Selatan menandakan ia bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Tablet berkuasa dengan sokong S-Pen ini telah dilancarkan pada penghujung Julai lalu. Selain bakal menjadi tablet 5G pertama dunia, ia turut memegang rekod sebagai tablet pertama dengan sokongan skrin HDR10+.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd