OnePlus 7T baru sahaja dilancarkan, dan OnePlus 7T Pro masih belum diperkenalkan lagi. Tetapi, nampaknya industri bergerak pantas, dan kini pihak OnePlus dilihat telah pun dalam persiapan untuk OnePlus 8.
Melalui gambar pengolokkan awal yang hadir melalui CaskKaro dan @OnLeaks, ia memperlihatkan OnePlus 8 akan membawakan rekaan dengan skrin berlubang, bahagian tepi yang sedikit melengkung, serta sokongan pengecasan nirwayar bersama-sama dengannya. Rekaan awal ini juga memperlihatkan penggunaan tri-kamera pada bahagian belakang OnePlus 8.
Seperti biasa, ini hanyalah sekadar gambar pengolokkan awal, dan berkemungkinan versi akhir kelak adalah jauh berbeza dengan apa yang tertiris ini.