Sonos Mula Menawarkan Program Langganan Pembesar Suara Di Eropah

Sonos Mula Menawarkan Program Langganan Pembesar Suara Di Eropah

Diterbitkan pada Okt 8, 2019 oleh .

Pembesar suara premium Sonos menawarkan kualiti audio yang bermutu tinggi tetapi ianya dijual pada harga yang tidak mampu dimiliki kebanyakan pengguna. Oleh itu di Eropah Sonos telah mula menawarkan perkhidmatan langganan pembesar suara Sonos Flex secara bulanan di Belanda.

Dengan bayaran €15 (~RM 69) pelanggan akan menerima dua pembesar suara pintar Sonos One. Turut ditawarkan ialah pakej €25 (~RM 115) yang memberikan sebuah Sonos Beam dan dua Sonos One. Akhir sekali ialah pakej $50 (~RM230) yang memberikan Playbar, Subwoofer dan dua Sonos One.

Pelanggan akan turut menerima model pembesar suara yang terkini jika ia dilancarkan oleh Sonos. Buat masa ini Sonos Flex hanya ditawarkan kepada pengguna di Belanda. Harga langganan masih lagi agak mahal bagi orang kebanyakan tetapi dan pembesar suara Sonos yang paling mampu milik masih lagi Symfonisk yang dihasilkan dengan kerjasama IKEA.


TIPS & ULASAN