Samsung Galaxy Fold Berharga RM8388 Di Malaysia – Pra-tempahan Dibuka 9 Oktober

Samsung Galaxy Fold Berharga RM8388 Di Malaysia – Pra-tempahan Dibuka 9 Oktober

Diterbitkan pada Okt 4, 2019 oleh .

Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran telefon boleh-lipat mereka, iaitu Galaxy Fold. Di Malaysia, ia akan dijual pada harga RM8,388, dan pengguna berminat boleh membuat pra-tempahan bermula 9 Oktober.

Galaxy Fold hadir dengan skrin 4.6-inci Super AMOLED yang diletakkan diluar, dan apabila ia dibuka, menawarkan skrin boleh-lipat bersaiz 7.3-inci Dynamic AMOLED. Melengkapkan ia adalah cip pemprosesan lapan-teras 7nm, memori 12GB RAM, dan storan 512GB berasaskan UFS 3.0.

Untuk rakaman gambar, Galaxy Fold menyertakan dwi-kamera hadapan 10MP + 8MP, tri-kamera belakang 16MP + 12MP + 12MP, selain kamera pada bahagian kerangka 10MP. Ia turut menyertakan bateri 4380mAh bersama-sama dengannya.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan untuk Galaxy Fold di kedai Samsung pada harga RM8388. Di Malaysia selain peranti, pembeli akan menerima fon telinga nirwayar Galaxy Buds dam kerangka khas yang diperbuat daripada bahan Aramid yang biasanya digunakan pada baju kalis peluru.

Seperti yang ditawarkan kepada pelanggan mereka di Amerika Syarikat, Samsung Malaysia turut memberikan skim menukar satu skrin pada harga istimewa sekiranya skrin mengalami kerosakan dalam tempoh setahun selepas peranti dibeli. Samsung Malaysia juga menawarkan perkhidmatan concierge 24 jam sehari yang membolehkan pengguna Fold menerima bantuan teknikal apabila diperlukan.


TIPS & ULASAN