Cari @ Amanz

Kriptowang Libra diumumkan oleh Facebook pada Jun lalu sebagai matawang atas talian yang akan akan digunakan oleh berbilion pengguna. Ketika diumumkan ia menerima sokongan pelbagai platform atas talian seperti Visa, MasterCard, PayPal, Uber, Spotify, eBay dan Coinbase. Menurut laporan The Verg, PatPal walau bagaimanapun telah menarik semula sokongan ke atas Libra.

Facebook LibraTiada sebab diberikan mengapa PayPal yang merupakan antara rakan pengasas Libra menarik sokongan mereka. Sungguhpun begitu PayPal berkata mereka akan menyokong aspirasi Libra dan tidak menutup kemungkinan akan kembali bekerjasama semula di masa hadapan.

Libra akan hanya dilancarkan pada tahun 2020 tetapi telahpun menerima banyak bantahan dan pengawasan dari pelbagai badan kewangan pelbagai negara. Antara kerisauan yang dizahirkan ialah berkenaan privasi pengguna Libra serta kebarangkalian ia digunakan untuk pengubahan wang haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd