Cari @ Amanz

Digi merupakan salah satu syarikat telekomunikasi yang turut menawarkan akses internet Digi WiFi disejumlah hotspot seluruh negara. Berkongsi mengenainya, kini Digi mengatakan Digi Wifi ditawarakn di lebih 7000 kawasan seluruh negara.

Untuk makluman, Digi WiFi telah diuji sebelum ini, dan kini mereka turut menawarkan pas akses pada harga pengenalan.

Melalui apa yang disediakan, Digi menawarkan akses tanpa had selama 30 minit pada harga RM0.50, akses 2 jam pada harga RM1, dan akses 4 jam pada harga RM1.50. Digi mengatakan perkhidmatan Digi Wifi menawarkan akses pada kelajuan sehingga 4mbps.

Buat masa ini, Digi WiFi hanya ditawarkan untuk pelanggan Digi sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan ditawarkan kepada semua pelanggan seluruh Malaysia.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak lokasi liputan Digi Wifi di laman rasmi mereka hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd