Cari @ Amanz

Baru-baru ini, Facebook telah memilih untuk menamatkan ciri Stories pada Groups. Facebook tidak menyatakan sebab disebaliknya. Berkemungkinan kerana ia tidak begitu popular dikalangan pengguna di Facebook Groups.

Apa pun, walaupun ia ditamatkan di Facebook, gergasi sosial berkenaan tidak mematikan ia begitu sahaja. Melalui kod awal, ia dilihat Facebook mungkin membawa ciri lebih kurang sama di Instagram.

Melalui ciri ini, sejumlah pengguna dalam sesuatu kelompok boleh berkongsi Stories satu sama lain dengan mudah. Memandangkan ciri Stories ini sememangnya popular di Instagram, maka berkemungkinan kita akan melihat ia lebih berjaya di platform berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd