Kamera pernah menjadi kekuatan peranti Samsung. Tetapi mereka kini dipintas oleh Huawei yang mampu mengambil gambar mod malam yang lebih terang dan zum kemampuan optikal yang lebih jauh. Pada Galaxy S11 ini mungkin akan berubah dengan penggunaan sistem periskop. Samsung kini dilaporkan akan memulakan ujian modul kamera berperiskop dengan kemampuan zum optikal 5X.
Modul kamera akan dihasilkan oleh firma MecaTech Systems dengan sensor 108 Megapixel yang dibangunkan sendiri oleh Samsung. Video konsep sistem periskop ini telahpun diperlihatkan oleh Samsung sebelum ini tetapi kemampuan sebenarnya di dunia sebenar masih lagi belum diuji.
Dengan Huawei kini tidak lagi mempunyai masalah menggunakan sistem operasi Android dengan GMS, ini ialah peluang Samsung untuk kembali sebagai pengeluar peranti dengan kemampuan kamera yang baik serta sokongan sistem operasi yang lengkap.