Mod Tema Gelap Pada YouTube Kini Mengikut Tetapan Tema Pada Android 10

Mod Tema Gelap Pada YouTube Kini Mengikut Tetapan Tema Pada Android 10

Diterbitkan pada Okt 9, 2019 oleh .

Tema gelap pada YouTube bermula dengan desktop, yang diuji pada tahun 2017. Hanya pada awal tahun lepas, Google mula memperluaskan sokongan tema gelap ini kepada aplikasi YouTube untuk Android dan iOS. Kemudian, sekitar September tahun lepas – sokongan ini baru sahaja hadir untuk Android dalam bentuk stabil.

Terkini, mod tema gelap atau mod gelap ini dikemaskini sekali lagi. Kali ini, mod gelap pada aplikasi YouTube untuk Android lebih selari dengan Android 10. Ini bermakna, jika tema pada peranti Android 10 anda adalah gelap – YouTube turut akan mengubah menjadi gelap. Jika cerah, ia akan berubah secara automatik menjadi cerah. Walau bagaimanapun, pengguna masih diberi kebebasan untuk memilih tema yang digemari. Kemaskini ini hadir secara berperingkat dan ia mungkin akan mengambil masa untuk hadir kepada peranti anda. Jika anda ingin muat turun sekarang, tekan pautan di penghujung artikel.

Buat masa ini, sokongan ini hanya kelihatan pada Android sahaja. iPhone dengan iOS 13 masih belum mendapat sokongan ini lagi. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.

Muat Turun Fail APK YouTube Versi 14.40.52

Cuba Nasib & Kemaskini Melalui Play Store


TIPS & ULASAN