ZMI sejak kebelakangan ini semakin aktif dalam melancarkan produk-produk aksesori kuasa baharu. Sebelum ini, power bank 20000mAh dengan pengecasan pantas in/out telah diperkenalkan dan pengecas USB-PD 65W bersaiz kompak yang murah juga telah dilancarkan. Baru-baru ini, mereka melancarkan pengecas USB-PD 30W pula.
Pengecas ini adalah ‘zPower 30W‘, seperti versi 65W – pengecas USB-PD 30W ini juga bersaiz kompak. Ianya kecil dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. ZMI turut membandingkan dengan pengecas daripada Apple, ia adalah 28% lebih kecil. Perkara menarik dengan pengecas ini adalah, ia dijual pada harga yang sangat murah dan mempunyai dwi-port USB. Satu port USB-C PD dan satu lagi adalah port USB-A. Jika kedua-dua port digunakan serentak, pengguna boleh mendapat kuasa 24W.
Pengecas ini juga mempunyai cip pintar yang boleh menentukan kuasa yang sesuai untuk mengecas sesebuah peranti. Contohnya, iPhone 8 ke atas menyokong USB-PD 18W dan pengecas ini hanya akan memberikan kuasa 18W sahaja. Harga jualan ‘zPower 30W’ adalah RMB59 sahaja, iaitu sekitar RM35.