Cari @ Amanz

Bulan lepas, aplikasi Shazam untuk iOS telah menambah sokongan mod tema gelap agar selari dengan kemampuan iOS 13. Shazam ini adalah aplikasi pengecaman muzik yang dimiliki oleh Apple. Kini, giliran Android pula – Shazam telah menambah sokongan tema gelap walaupun peranti Android itu tidak menjalankan Android 10.

Aplikasi Shazam yang sekarang menggunakan rekaan antaramuka biru dan putih. Dengan kemaskini baharu, ia menambah tema berwarna hitam dan kelabu. Ia lebih kepada memberi keselesaan pengguna ketika menggunakan aplikasi dalam bilik yang gelap. Aplikasi ini akan mengikut sistem Android 10, jika tema gelap digunakan aplikasi Shazam turut akan menjadi gelap. Tetapi seperti mana-mana aplikasi, pengguna masih bebas menukar tema mengikut citarasa sendiri.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd