Cari @ Amanz

Pada Belanjawan 2020 yang dibentangkan pada penghujung minggu lepas, pelbagai inisiatif berkaitan ekonomi digital telah diumumkan. Salah satu perkara yang turut disentuh adalah berkaitan dengan penawaran bank digital di Malaysia.

Bank Digital 2020

Bank Negara Malaysia diumumkan sedang dalam proses memuktamadkan rangka kerja pelesenan untuk bank digital, dan ia dijangka akan diterbitkan menjelang penghujung 2019 ini.

Lanjutan daripadanya, permohonan dijangka akan dibuka pada separuh pertama 2020 kelak. Melalui penawaran bank digital, ia akan memudahkan lagi urusan perbankan – termasuk kemudahan permohonan akaun terus menggunakan aplikasi atau secara atas-talian.

Sejumlah pihak telah diperkatakan berminat untuk mendapatkan lesen bank digital ini, termasuk antaranya adalah syarikat digital seperti Grab.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd