Cari @ Amanz

Pagi tadi harga jualan Vivo NEX 3 5G telah ditiriskan dengan jualan dikatakan akan bermula 17 Oktober. Tetapi pihak Vivo Malaysia kini secara rasmi telah mengesahkan bahawa pra-tempahan peranti akan dibuka di antara 15-18 Oktober dengan harga RM3899 sebuah. Pengguna yang melakukan pra-tempahan akan menerima berus gigi elektrik, pencukur elektrik, beg dan skim perlindungan skrin bernilai RM699 percuma.

Vivo Nex 3 5G dilengkapi skrin 6.89-inci AMOLED Waterfall Display, dijana cip Snapdragon 855+, memori sebesar 8GB RAM, dan storan 256GB. Ia menggunakan tri-kamera belakang gabungan 64mP + 13MP + 13MP, selain kamera pop-naik di hadapan dengan sensor 16-megapixel. Sistem tri-kamera ini menyokong lensa sudut lebar, ultra sudut lebar dan juga telefoto.

Melengkapkan ia juga adalah bateri 4500mAh dengan sistem pengecasan pantas 22.5W Vivo FlashCharge. Dengan pelancaran Vivo Nex 3 5G di Malaysia, kini dua peranti dengan skrin melengkung pada bahagian sisi ditawarkan kepada pengguna tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd