Carian
Google Nest Mini Dilancarkan – Model Kemaskini Kepada Google Home Mini
October 15, 2019 Effi Saharudin

Seperti yang kami laporkan pagi tadi, Google Nest Mini dilancarkan sebentar tadi sebagai model gantian untuk Google Home Mini. Speaker pintar ini mengekalkan rekaan yang sama berbanding model terdahulu. Perubahan yang dilakukan ialah ia kini dilengkapi cip pembelajaran mesinnya yang tersendiri bagi mempercepatkan proses menerima arahan suara yang diberikan kepada Assistant,

Penutup fabrik bahagian pembesar suara Nest Mini dihasilkan dari plastik yang dikitar semula selari dengan sasaran Google untuk menjadi lebih cakna dengan alam sekitar. Seperti Home Mini, Next Mini boleh digunakan sebagai pembesar suara, interkom dan melakukan panggilan telefon menggunakan Google Duo.

Perubahan lain yang dilakukan ialah ia kini mempunyai lubang pada bahagian tapak bagi membolehkan ia digantung. Akhir sekali kemampuan audio dan mikrofon turut dipertingkatkan bagi memberikan pengalaman yang lebih baik. Google Nest Mini akan mula dijual pada 22 Oktober ini pada harga $49 (~RM205) sebuah.

Komen