Google sebelum ini telah pun berkongsi sejumlah perkara mengenai perkhidmatan penstriman permainan mereka, iaitu Google Stadia. Hari ini, ketika acara khas yang diadakan, Google turut mengumumkan tarikh pelancaran rasmi perkhidmatan berkenaan, iaitu pada 19 November kelak.
Melalui perkhidmatan Google Stadia, pengguna boleh strim permainan daripada pelayan Google terus ke peranti mereka – sekaligus membolehkan pengguna menikmati permainan berkuasa tinggi, walaupun pada peranti dengan spesifikasi biasa.
Untuk permulaan, Google akan menawarkan ia di beberapa syarikat sahaja – dan malangnya, Malaysia bukan dikalangan antara negara terawal yang menerimanya.
- Info
- Baca : Pandang Pertama Google Stadia