Pixel 4 Dan Pixel 4 XL Tidak Boleh Melakukan Sandaran Tanpa Had Ke Google Photos

Pixel 4 Dan Pixel 4 XL Tidak Boleh Melakukan Sandaran Tanpa Had Ke Google Photos

Diterbitkan pada Okt 16, 2019 oleh .

Antara sebab mengapa pengguna memilih peranti Pixel adalah kerana Google menawarkan sandaran gambar pada resolusi asal ke Google Photos. ini telah ditawarkan sejak Google Pixel pertama dilancarkan pada tahun 2016. Berita buruk bagi mereka yang ingin membeli Pixel 4 da Pixel 4 XL ialah, sandaran tanpa had pada resolusi asal ini tidak diberikan kepada peranti ini menurut terma dan syarat yang dipaparkan kedai atas talian Google.

Kedua-dua peranti hanya boleh melakukan sandaran tanpa had pada kualiti tinggi yang kualitinya dikurangkan sedikit. Sebelum ini sokongan sandaran tanpa had tidak diberikan kepada Pixel 3a dan 3a XL atas sebab kedua-duanya adalah peranti mampu milik. Ketiadaan sokongan tanpa had ini adalah mengecewakan kerana Pixel 4 da Pixel 4 XL hanya ditawarkan dalam saiz storan 64 atau 128GB sahaja. Ini adalah saiz storan yang kecil bagi peranti mercu 2019.


TIPS & ULASAN