Menjadi kebiasaan di pejabat, resit perlu diberikan kepada jabatan kewangan jika anda ingin melakukan tuntutan perbelanjaan. Kerana dunia kini semakin ke arah digital, gambar resit selalu memadai untuk digunakan sebagai bukti. Tetapi kerap kali imej resit yang diambil herot berot kerana tidak diambil dari sudut yang baik. Jika anda pengguna Google Photos, aplikasi kini menyokong fungsi menyunting dan memotong imej dokumen secara terbina.
Anda hanya perlu memilih satu imej dokumen di dalam Photos. Kemudian pilih untuk menyunting imej dengan menekan ikon yang terletak kedua dari kiri pada menu di bawah skrin. Pada skrin seterusnya terdapat pilihan untuk memotong dokumen. Aplikasi kemudian akan meminta anda menetapkan empat bucu dokumen. Selepas ini dilakukan ia akan secara automatik membetulkan imej dokumen tersebut untuk kelihatan rata.
Fungsi ini sama seperti yang diberikan pada Google PhotosScan cuma lebih mudah digunakan dan terbina terus dalam Photos. Selepas ini proses mengambil imej resit, dokumen penting dan passport akan dapat dilakukan tanpa masalah ia kelihatan senget.