Anda Kini Boleh Layari Ke “keep.new” Untuk Mengakses Google Keep Dengan Pantas
Fahim Zahar
Tahun lepas, Google memperkenalkan pintasan URL dengan pengakhiran .new. Ia adalah pintasan yang memudahkan pengguna membuat dokumen daripada aplikasi-aplikasi web Google. Misalnya, doc.new adalah untuk Google Docs, sheet.new untuk Google Sheets, form.new untuk Google Form dan banyak lagi seperti site.new atau juga slide.new.
Quickly and easily open a new Keep note with this .new trick for #GoogleKeep ↓ pic.twitter.com/HktfwqX0gq
— Google Docs (@googledocs) October 16, 2019
Baru-baru ini Google menambah lagi sokongan aplikasi web lain kepada domain dengan pengakhiran .new ini – iaitu keep.new. Ia adalah akses pintas untuk Google Keeps bagi memudahkan pengguna mencatat, merujuk nota yang telah disimpan pada akaun Google.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.