Beats Solo Pro Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM1299

Beats Solo Pro Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM1299

Diterbitkan pada Okt 18, 2019 oleh .

Beats adalah jenama aksesori audio yang dimiliki oleh Apple. Jenama ini seringkali diejek kerana produknya dijual pada harga tidak masuk akal dan dari segi nisbah harga-ke-prestasi barangan Beats, ia tidak berbaloi. Namun, hari demi hari Beats telah berubah – contoh Powerbeats Pro yang mendapat perhatian ramai. Beats Solo Pro adalah set fon kepala baharu mereka yang dilancarkan dua hari lepas.

Ia adalah set fon kepala dengan pembatalan hingar aktif tulen. Ia kini sudah dibeli di Malaysia secara rasmi pada harga hanya RM1299. Disebabkan ia adalah produk Apple, Solo Pro turut dijana cip W1 dan H1 untuk fungsi “Hey, Siri” yang sentiasa aktif.


TIPS & ULASAN