Carian
Penerbangan Sulung Kereta Terbang Pertama Negara Ditangguhkan Ke Penghujung 2019
October 18, 2019 Effi Saharudin

Pada bulan Mac yang lalu, model kereta terbang pertama negara diperlihatkan ketika acara LIMA 2019. Kenderaan yang dibangunkan oleh Aerodyne ini menjadi buat mulut ramai kerana merealisasikan impian yang selama ini hanya dilihat di dalam filem fiksyen sains. Pada asalnya prototaip kereta terbang pertama negara akan melakukan penerbangan sulung pada bulan ini. Ia nampaknya akan ditangguh ke penghujung 2019 pula.

Ini didedahkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof ketika menjawab soalan yang diajukan oleh Khairy Jamaludin di dalam sesi parlimen semalam. Menurut beliau kenderaan yang mampu membawa sehingga tiga penumpang ini mampu melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dalam masa sejam.

Kami amat menantikan kemunculan kereta terbang negara kerana ingin melihat kemampuan syarikat tempatan. Terdapat banyak kenderaan terbang yang telah dibangunkan sejak lima tahun kebelakangan ini. Dengan penggunaan teknologi ini, masalah kesesakan lalulintas diharapkan dapat diselesaikan.

Komen