Cari @ Amanz

Antara sebab ramai orang menggemari peranti Pixel adalah kerana kameranya yang hebat. Selain itu, Google menawarkan pengguna-pengguna Pixel sandaran tanpa had fail asli ke Google Photos. Pixel 2016 adalah selamanya dan Pixel 2/Pixel 3 pula adalah selama 2 tahun. Tetapi, pada Pixel 4 Google tidak lagi menawarkan ciri ini. Sebaliknya, pengguna Pixel 4 akan ‘tersangkut’ dengan sandaran tanpa had kualiti tinggi yang imejnya sudah dimampatkan.

Selamat tingga Pixel 4, kerana Google Photos kini menyokong sandaran tanpa had fail saiz asal dari iPhone. Ini adalah kerana, gambar yang diambil dari iPhone disimpan dalam format HEIC/HEIF. Format ini tidak boleh dimampatkan oleh Google, kerana saiz failnya akan menjadi lebih besar. Oleh yang demikian, segala gambar dari iPhone akan disimpan di Google Photos dalam saiz yang asal. Akan tetapi, ianya hanya terhad kepada gambar sahaja. Video akan kekal disimpan pada resolusi 1080p.

Untuk memastikan iPhone anda menyokong kelebihan ini, pergi ke Settings > Camera > Formats dan pastikan “High Efficiency” telah dipilih.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd