Cari @ Amanz

Apple menghentikan pengeluaran Apple MacBook Pro dengan skrin melebihi 15″ sejak tahun 2013. Sejak itu peminat MacBook terpaksa berpuas hati dengan skrin sebesar 15″ sahaja untuk melakukan tugasan. Tetapi menurut Ming-Chi Kuo, Apple akan melancarkan MacBook Pro dengan skrin sebesar 16-inci tahun ini dan rekaannya mungkin telah tertiris hujung minggu ini.

Imej sebuah MacBook Pro dengan saiz bezel yang lebih nipis ditemui di dalam macOS Catalina 10.15.1 Beta oleh laman MacGeneration. Saiz kerangka MacBook Pro ini adalah sama dengan MacBook Pro 15″. Dengan saiz bezel yang lebih nipis, skrin yang lebih besar boleh digunakan. Menguatkan lagi ura-ura ini ialah MacBook Pro 16″ ialah nama imej yang ditemui mempunyai angka 16 di dalamnya.

Selain skrin yang lebih besar, Apple dijangka akan memperkenalkan papan kekunci baharu menggunakan mekanisme gunting menggantikan mekanisme kupu-kupu. Skrin pula mungkin menggunakan teknologi mikro LED yang lebih terang berbanding LCD yang digunakan pada waktu ini,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd