Tokoh teknologi seperti Tim Cook dan Bill Gates percaya bahaya kanak-kanak perlu didedahkan kepada ilmu pengaturcaraan sejak kecil bagi menyediakan mereka kepada dunia sebenar. Di Malaysia mata pelajaran pengaturcaraan telah mula diperkenalkan. Tetapi proses mempelajari pengaturcaraan adalah agak bosan sekiranya pelajar dipaksa hanya melihat skrin sepanjang hari.
Oleh itu Sony telah melancarkan kit KOOV Trial Kit bagi menjadikan pengajaran pengaturcaraan menjadi lebih menarik. Kit ini cuba menarik minat pelajar dengan menggunakan bongkah yang digunakan untuk membina robot yang kemudiannya diprogramkan sendiri oleh pelajar. Ini adalah kit kedua dilancarkan oleh Sony.
KOOV Trial Kit direka untuk kanak-kanak berumur lapan tahun ke atas. Menerusi aplikasi, terdapat 50 jam video tutorial dan 43 contoh jenis robot yang boleh dibina sendiri oleh pelajar. Berdasarkan 43 “resipi robot” ini, mereka kemudian boleh menghasilkan robot mereka sendiri. Harga juala untuk KOOV Trial Kit ialah $250 (~RM1047) sebuah.