Cari @ Amanz

Bulan lalu Xiaomi Mi 9 Lite dilancarkan sebagai variasi kepada Mi CC9 yang hanya dilancarkan di China. Bagi mereka yang menantikan kemunculan Mi 9 Lite, peranti ini akan mula dijual di Malaysia bermula 1 November ini.

Xiaomi Mi 9 Lite hadir dengan skrin 6.39-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 710, memori 6GB RAM, storan sehingga 128GB, kamera utama 48+8+2 MP, kamera swafoto 32-MP dan bateri berkapasiti 4030mAh.

Terdapat pengimbas cap jari dalam skrin dan sokongan pengecasan pantas 18W QuickCharge 4. Peranti ini turut hadir dengan pemancar infra merah serta NFC. Di Malaysia Mi 9 Lite dijual pada harga RM1199 untuk versi 6/64GB dan RM1299 untuk versi 6/128GB. Terdapat tiga pilihan warna iaitu Pearl White, Aurora Blue dan Onyx Grey.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd