Cari @ Amanz

Huawei Mate X akan akhirnya dipasarkan kepada umum pada bulan November ini selepas ia turut ditangguh seperti pesaingnya Galaxy Fold. Walaupun dilancarkan selepas Mate 30 Pro, peranti skrin boleh lipat pertama Huawei ini hanya dilengkapi cip generasi terdahulu Kirin 980. Bagi yang memerlukan cip yang lebih berkuasa, anda perlu menanti Mate Xs yang akan dipasarkan Mac 2020.

Peranti ini akan menggunakan cip Kirin 990 5G seperti yang digunakan pada Mate 30. Selain membawakan sokongan 5G dan kuasa yang lebih tinggi, cip ini membolehkan rakaman 4K 60FPS pada Mate Xs. Tiada maklumat lain dikongsi oleh Huawei mengenai peranti ini tetapi ia nampaknya mengekalkan rekaan yang sama seperti Mate X.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd