Carian
Google Mengumumkan Berjaya Menghasilkan Komputer Yang Mencapai Keunggulan Kuantum
October 24, 2019 Effi Saharudin

Google hari ini mereka telah berjaya mencapai tahap Quantum Supremacy (keunggulan kuantum) menerusi komputer kuantum yang dibangunkan oleh mereka. Menerusi cip Sycamore, sebuah masalah yang sebelum ini dianggarkan memerlukan 10,000 tahun untuk diselesaikan oleh adikomputer terpantas dunia IBM Summit boleh diselesaikan komputer kuantum dalam masa hanya 200 saat.

Keunggulan kuantum ialah terma yang digunakan apabila komputer kuantum boleh melakukan sesuatu tugas yang mustahil atau dalam jangka waktu yang munasabah pada sebuah komputer biasa.

Komputer kuantum berbeza dengan komputer biasa kerana ia tidak menyimpan data dalam bentuk binari. Anda pasti tahun di dalam komputer biasa, unit asas memori ialah bit dalam bentuk sifar atau satu. Sistem binari ini telah digunakan sejak komputer moden pertama dihasilkan.

Komputer kuantum menggunakan unit asas ialah qubit yang boleh mempunyai dua nilai binari (0, 1) . Dua qubit memberikan empat nilai (00. 01, 10, 11) manakala tiga qubit mempunyai lapan nilai (000, 001, 010, 100, 011, 110, 101, 111). Peningkatan secara eksponen Ini membolehkan ia melakukan lebih banyak perkiraan serentak berbanding komputer biasa. Sycamore yang dibangunkan oleh Google ialah cip dengan kemampuan 54-qubit.

Walaupun Google mengaku mereka telah mencapai keunggulan kuantum, IBM telah mengeluarkan kenyataan bahawa ini adalah tidak tepat. IBM Summit sebenarnya boleh melakukan pengiraan dalam masa 60 jam (2.5 hari). Kerana ini adalah jauh berbeza dari anggaran 10,000 tahun Google. keunggulan kuantum sebenarnya masih belum dicapai oleh Sycamore. Pada waktu sama perkiraan yang dilakukan oleh Summit adalah lebih jitu dan stabil berbanding komputer kuantum.

Sumber Google AI Blog dan IBM

Komen