TCL Memperlihatkan Prototaip Telefon Dengan Skrin Boleh-Lipat Dengan Rekaan Siku-Sika

TCL Memperlihatkan Prototaip Telefon Dengan Skrin Boleh-Lipat Dengan Rekaan Siku-Sika

Diterbitkan pada Okt 25, 2019 oleh .

Telefon dengan rekaan skrin boleh-lipat mendapat perhatian ramai pihak akhir-akhir ini. Selain Samsung dan Huawei, beberapa pengeluar turut melihat kepada arena lebih kurang sama, dan terbaru TCL memperlihatkan rekaan telefon prototaip mereka menggunakan skrin boleh-lipat melalui CNET.

TCL Siku-Sika

Berbeza dengan pengeluar lain, TCL menggunakan rekaan siku-sika (zigzag), dimana ia boleh dilipat menjadi telefon, atau dibuka menjadi sebuah tablet dengan skrin bersaiz 10-inci.

Untuk menjayakan perkara ini, TCL menggunakan rekaan engsel khusus dalam menawarkan lipatan seumpama Z – dimana satu melipat kedalam, dan satu keluar.

Telefon prototaip ini juga dilihat menyertakan empat kamera belakang, kamera swafoto, dan pengecas berasaskan USB-C. Kesan lipatan pada skrin juga dilihat agak jelas – lebih kurang pada beberapa peranti boleh-lipat lain.

Buat masa ini, penawaran TCL ini masih pada peringkat prototaip, dan tidak diketahui sama ada ia akan dipasarkan ataupun sebaliknya.

Bagi anda sendiri, apa pendapat anda untuk telefon dengan rekaan siku-sika ini?


TIPS & ULASAN