Tahun ini peranti dengan memori sebesar 12GB RAM mula dipasarkan secara meluas. Ia terhad kepada peranti mercu yang khusus untuk permua seperti Black Shark 2 misalnya. Samsung pula telah mula menawarkan 12GB RAM sebagai standard pada Galaxy Note 10+. Dalam masa terdekat penggunaan memori sebesar 12GB RAM ini akan turut akan dapat dilihat pada peranti kelas pertengahan.
Cip terkini mereka yang menggabungkan RAM dan storan UFS 3.0 yang membolehkan penggunaan sehingga 12GB RAM pada peranti kelas pertengahan. Pakej yang diberi nama uMCP (UFS-based multichip package) adalah yang pertama ditawarkan di pasaran.
Ia menggabungkan cip memori 24-gigabit LPDDR4X dengan storan UFS3.0. Dua pakej uMCP ditawarkan kepada pelanggan dengan pilihan 10GB atau 12GB RAM. Pada Mac tahun ini, Samsung menawar memori 12GB RAM LPDDR4X untuk telefon pintar tetapi ini dilakukan dengan menggunakan cip 16-gigabit.
Dengan pengumuman ini kita berkemungkinan boleh mengucapkan selamat tinggi kepada peranti kelas mercu dan pertengahanyang hanya dilengkapi 6GB RAM.