Kerangka Untuk AirPods Pro Tertiris Mengesahkan Rekaan Pod Pengecas Baharu

Kerangka Untuk AirPods Pro Tertiris Mengesahkan Rekaan Pod Pengecas Baharu

Diterbitkan pada Okt 25, 2019 oleh .

AirPods Pro diramalkan akan dilancarkan dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Kewujudan AirPods Pro disedari selepas iconnya ditemui di dalam iOS 13 Beta. Penambahbaikan yang akan dilakukan ialah sistem pembatalan hingar aktif serta ia kini dari jenis dalam-telinga. Rekaan pod simpanan merangkap pengecasnya mungkin sekali lagi disahkan selepas rekaan dua kerangka telah tertiris awal.

Dua rekaan kerangka yang dihasilkan oleh ESR telah diterbitkan di laman mereka. Satu dari jenis silikon yang menutupi permukaan pod dan sebuah lagi dengan cangkuk pada bahagian sisi. Seperti imej prototaip yang tertiris sebelum ini, pod pengecas AirPods Pro mempunyai saiz yang sama dengan AirPods asal cuma kali ini ia dibuka ke sisi bukan ke atas.


TIPS & ULASAN