Cari @ Amanz

Asus Zenfone 4 (ZE554KL) adalah peranti Asus pada tahun 2017. Ia dijana dengan cip Snapdragon 630, memori 4/6 GB RAM dan storan dalaman 64GB. Skrin adalah LCD FHD 5.5″, dwi-kamera 12MP + 8MP, kamera swafoto 8MP dan bateri sebesar 3300mAh. Semasa dilancarkan, ia dijual pada harga mencecah RM2099.

Selepas dua tahun usia peranti ini, sepatutnya ia menerima kemaskini terakhir. Peranti ini mula diperkenalkan dengan Android Nougat, jadi sepatutnya peranti ini akan menerima kemaskini sehingga Android Pie. Sayang sekali, Asus terpaksa menghentikan sokongan kemaskini agar prestasi peranti terjamin. Jadi, Asus Zenfone 4 (ZE554KL) tidak akan menerima kemaskini Android Pie dan akan tersangkut dengan Android Oreo sahaja. Asus menawarkan percubaan Android Pie beta, namun versi ini tidak lagi akan dibangunkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd