Cari @ Amanz

Netflix melancarkan pelan khas untuk peranti mudah alih di Malaysia semalam pada harga RM17 sebulan. Hari ini mereka menguji pula ciri mengawal kelajuan video yang ditonton pada peranti Android. Menerusi ciri ini pengguna boleh menonton video pada kelajuan 0.5X, 0.7X, 1X, 1.25X dan 1.5X.

Ini memberikan Netflix ciri yang sama seperti yang telah diberikan pada aplikasi YouTube. Sebelum ini pengguna hanya diberikan pilihan melompat 10 saat ke depan atau ke belakang. Ia amat berguna jika anda ingin melompat ke babak-bakal tertentu dengan segera atau ingin maratonton siri dengan lebih pantas. Pada waktu ini ujian diberikan secara rawak. Aplikasi perlu dikemaskini terlebih dahulu.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd