Kemaskini iOS 13.2 akhirnya diberikan kepada pengguna iPhone pagi ini selepas menjalani proses beta selama sebulan. Dengan iOS 13.2 fungsi Deep Fusion pada aplikasi kamera akhirnya diaktifkan bagi meningkatkan lagi kemampuan fotografi pada iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max.
Selain Deep Fusion, ia turut memberikan sokongan kepada AirPods Pro yang dilancarkan awal pagi ini, kemampuan mengubah resolusi video terus dari aplikasi kamera, penambahan 70 emoji terkini, tampalan sekuriti dan juga pepijat. Saiz muat turun iOS 13.2 ialah 587.6MB dan boleh dilakukan secara OTA pagi ini,