Xiaomi Mi Watch Akan Dilancarkan 5 November Ini – Mungkin Menggunakan Wear OS

Xiaomi Mi Watch Akan Dilancarkan 5 November Ini – Mungkin Menggunakan Wear OS

Diterbitkan pada Okt 29, 2019 oleh .

Xiaomi mengeluarkan beberapa jam tangan pintar dan juga penjejak kesihatan sejak beberapa tahun yang lalu. Harga jualannya yang mampi milik menjadikannya popular di kalangan pengguna khususnya di rantau Asia. Xiaomi hari ini telah berkongsi imej acah untuk tangan pintar terbaru mereka Mi Watch yang akan dilancarkan pada 5 November hadapan.

Menarik sekali ia mungkin yang pertama menggunakan sistem operasi Wear OS. Selama ini jam tangan Amazfit mereka menggunakan Amazfit OS. Petanda kewujudan Mi Watch telah ditemui di dalam aplikasi Wear OS terkini. Imej acah yang dikongsi turut menunjukkan peranti mempunyai skrin berbentuk kotak dengan sisi yang dibulatkan sama seperti Amazfit GTS yang dilancarkan sebelum ini.

Memandangkan ia produk keluaran Xiaomi, Mi Watch mungkin akan menjadi jam tangan Wear OS yang paling mampu milik di pasaran kelak.


TIPS & ULASAN