Jam Tangan Pintar Garmin MARQ Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 13 November

Jam Tangan Pintar Garmin MARQ Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 13 November

Diterbitkan pada Okt 29, 2019 oleh .

Siri Garmin MARQ dilancarkan tahun ini bagi mereka yang mencari jam tangan pintar yang kelihatan seperti jam tangan konvensional. Siri MARQ hadir dengan kemasan yang lebih premium serta rekaan yang lebih tahan lasak. Bagi peminat peranti boleh-pakai Garmin di Malaysia, enam jam tangan Garmin MARQ akan akhirnya tiba di pasaran tempatan pada 13 November.

Model yang dibawa masuk ialah MARQ Aviator, MARQ Driver, MARQ Captain, MARQ Expedition, MARQ Athlete dan MARQ Commander. Setiap satunya hadir dengan fungsi khusus seperti menjejak penerbangan, laluan laut dan juga litar lumba terkemuka.

Setiap jam tangan MARQ mempunyai tubuh atau tali yang diperbuat daripada bahan titanium dan kaca tahan lasak nilam. Ia boleh ditambat kepada telefon pintar untuk memaparkan notifikasi. Terdapat sokongan membaca denyutan nadi, peta, GPS dan kandungan oksigen dalam darah. Dengan sekali caj jam tangan pintar ini boleh bertahan sehingga 12 hari.


TIPS & ULASAN