Kemaskini iOS 13.2 dan iPadOS 13.2 yang diberikan kepada iPhone serta iPad pagi ini turut diterima pada speaker pintar HomePod. Setakat ini tiada masalah dilaporkan dari pengguna peranti pintar Apple ini. Namun begitu masalah yang agak serius dilaporkan oleh pengguna HomePod.
@AppleSupport the new update for HomePod had broken my HomePod. What should I do? pic.twitter.com/n4AkdQiK2d
— Matt (@TheWillsy) October 28, 2019
Menurut laporan MacRumors, ramai pemilik HomePod merungut speaker pintar mereka kini tidak lagi berfungsi. Sebaliknya ia tersekat di dalam proses bootloop setiap beberapa saat. Beberapa pengguna berkata selepas menghubungi Apple, mereka disarankan untuk memulangkan HomePod bagi mendapatkan set gantian.
Selepas beberapa jam laporan pengguna mula diterima, Apple telah menarik kemas kini untuk HomePod pada waktu ini. Di Malaysia HomePod masih belum dijual secara rasmi. Jika anda mengalami masalah ini anda mungkin perlu ke Singapura bagi mendapatkan unit gantian.