Cari @ Amanz

Pada 26 September, Pocophone F1 disahkan akan menerima kemaskini MIUI 11. Walaupun tiada berita mengenai Poco F2, tidak bermakna Xiaomi akan melupakan kewujudan peranti ini. Kemudian, pada pertengahan bulan Oktober – MIUI versi global diumumkan akan mula diedarkan pada 22-31 Oktober bermula dengan Pocophone F1. Hari ini, beberapa pengguna telah berkongsi di Reddit yang Pocophone F1 mereka telah menerima kemaskini ini.

Berdasarkan terbitan di Reddit, pengguna ini berasal dari Itali. Jadi ini bermakna, MIUI 11 ini diedarkan kepada Eropah terlebih dahulu. Tidak dinafikan yang ia akan diedarkan kepada semua dalam masa beberapa hari lagi. Versi MIUI 11 ini adalah 11.0.5.0, masih Android Pie dan kemaskini tampalan sekuriti 1 Oktober 2019. Semak peranti anda pada bahagian tetapan dan System update untuk lihat kehadiran OTA.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd