Xiaomi akan melancarkan jam tangan pintar baharu mereka pada 5 November kelak. Jam tangan pintar kali ini dikatakan adalah jam tangan pintar sebenar, yang mana dilaporkan akan menjalankan WearOS. Gambar acah sebelum ini memperlihatkan rekaan petak yang mirip dengan Amazfit GTS. Namun, gambar acah lain yang Xiaomi kongsi hari ini memperlihatkan rekaan yang lebih mirip dengan Apple Watch.
Mi Watch ini dilaporkan akan dijana dengan cip Snapdragon 3300 yang berasaskan dari Snapdragon 429, yang mana menggunakan kuasa rendah dan lebih efisien. Ia juga akan hadir dengan enjin getaran, pembesar suara, WiFi/Bluetooth/GPS tersendiri, NFC dan juga eSIM. Mengenali Xiaomi yang gemar menjual produk mereka pada harga yang murah, Mi Watch mungkin akan menjadi jam tangan pintar WearOS termurah di pasaran tidak lama lagi – selamat tinggal TicWatch?
Akan terdapat dua warna, iaitu Elegant Black dan Technically Silver. Di sisi jam pula akan terdapat butang seakan Apple Watch yang boleh diputarkan untuk mengawal. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan tidak lama lagi.