Harga Rasmi Malaysia OnePlus 7T McLaren Edition Hanya RM3899

Harga Rasmi Malaysia OnePlus 7T McLaren Edition Hanya RM3899

Diterbitkan pada Okt 29, 2019 oleh .

OnePlus 7T Pro sudah pun dijual di Malaysia pada minggu lepas. Ia dijual pada harga hanya RM3399 yang mana sama harga dengan OnePlus 7 Pro. Cip pemprosesan adalah Snapdragon 855+, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Tetapan kamera belakang adalah 48MP + 8MP + 16MP dan kamera swafoto pula kekal 16MP. Bateri sedikit lebih besar, iaitu 4085mAh dan menyokong pengecasan baharu Warp Charge 30T.

OnePlus turut hadir dengan variasi edisi khas McLaren Edition, seperti OnePlus 6T pada tahun lepas. Spesifikasi sama sahaja dengan OnePlus 7T Pro, cuma memorinya adalah 12GB RAM dan storan dalaman kekal 256GB. Menariknya, kerangka pelindung tahan lasak yang OnePlus berikan kali ini adalah lebih premium. Ia hadir dengan bahan Alcantara, iaitu fabrik yang digunakan pada kerusi kereta McLaren atau kereta mewah lain. Harga rasmi Malaysia adalah RM3899 sahaja.

 


TIPS & ULASAN